Hai Backpackers !
Sambungan dari Bahagian 1
Jadi kami sampai di KLIA2 pada jam 9 malam kerana boarding dalam pukul 11.55 malam mengikut jadual. Pastikan ke kaunter untuk pengesahan dokumen dulu, jangan pakai Boarding Pass yang kita print tu sebab tak sah, saya ulang sekali lagi. Tak Sah. Selesai bahagian itu kami bergerak ke pintu. Sekali sangkut pula di Pintu Antarabangsa tu sebab terlebih muatan handcarry ! 😢 Terpaksa lah pindah sana sini barangnya, timbang semula. Juga masih berat ! Hahaha. Tak mahu check in luggage sebab berat lebih sikit je. Dan tak mahu juga buang barang sebab semua penting. Kemudian pindah barang sikit masuk handbag wife dan SIL, dan mungkin staf di sana ada kesian tengok kami struggle di depan pintu, akhirnya mereka benarkan masuk. Yeayyy! Tips ! Jangan marah atau protes kalau dihalang masuk, ikut saja arahan mereka. Sebab tak lebih banyak pun, lebih dalam 1kg setiap bag saja. Ikut budi bicara. "Terima kasih bro!".
Terus kami ke Gate yang ditetapkan. Dinasihatkan datang awal sebab mana tahu ada sangkut macam kami tadi, ataupun sangkut PTPTN ke sangkut kastam atau imigresen ke, jadi kalau datang awal sempat lah selesaikan. 4 jam sebelum boarding pun ok dah. Setelah melalui beberapa prosedur seperti biasa, kami boarding pada jam 11.55 malam. Berlepas ke Gold Coat pada jam 12.30 pagi.
1 September 2017 - DAY 1
1 September 2017 - DAY 1
Kami tiba di Coolangatta Airport (OOL) pada jam 9.45 pagi waktu tempatan untuk transit. Barang-barang semua perlu dibawa turun semula untuk screening check di OOL. Suhu pada waktu tersebut 13 Celcius. Seperti biasa pemeriksaan seperti di KLIA2 akan dijalankan. Boarding semula pada jam 10.45 pagi. Tips !
- Jika transit dan tak keluar dari airport, tak perlu VISA Australia.
- Sediakan terus passport dan boarding pass untuk memudahkan urusan.
- Turun dari flight terus berjalan ke tempat screening check, jangan berlengah sebab akan jadi lambat urusan kita boarding semula.
- Makanan dari flight tak lepas screening check, air melebihi 100ml pun tak lepas, laptop perlu dibawa keluar dari beg, tali pinggang ditanggalkan seperti biasa dan jaga beg masing-masing.
- Jika kurang bernasib baik, selepas screening check, ada swap test pula. Kami kena tahan sebentar untuk melalui swab test, mungkin dipilih secara random. Beg akan dilalukan dengan sejenis macam berus, tujuan untuk check bom dan dadah. Alah baru plan nak bawa bom pergi bercuti 😔 #sarcasm.
Perjalanan ke Auckland seterusnya mengambil masa selama 4 jam. Akhirnya pada pukul 4.30 petang waktu tempatan kami tiba dinegara destinasi kami. Keluar dari airport, angin luar 12 Celcius terus menusuk tulang kami. Baju tebal masih belum pakai tapi redah je lah, ingin menuju ke Queen Streets Backpackers yang terletak di Auckland Central Business District (CBD). Ok jadi untuk ke bandar utama Auckland ni ada beberapa cara, iaitu dengan menaiki teksi atau Uber, kedua dengan menaiki Skybus New Zealand (Sehala jika beli online NZD 17, kaunter NZD 18, return online NZD 32, walk in NZD 34), dan yang ketiga dengan menaiki Metro Bus + Metro Train. Kami pilih cara ketiga sebab paling murah.
Laurence Stevens Drive (Bus 308) → Papatoetoe Train Station → Britomart
Kos dari Laurence Stevens Drive ke Papatoetoe Station adalah NZD 3.50 seorang, dan dari Papatoetoe ke Britomart adalah NZD 7 seorang berjumlah NZD 10.50 seorang. Jimat kan? Perjalanan mengambil masa selama satu (1) jam. Bas dan train akan ada setiap masa jadi tiada masalah.
Menunggu Bas 308 di Laurence Stevens Drive. Menapak sikit dari airport lebih kurang 1 km. |
Di Papatoetoe Train Station |
Di Britomart Transport Centre. Salah satu Transportation Hub di Auckland |
Tiba di Britomart pada jam 8.00 malam. Dari sini ke Queen Street Backpackers dah dekat, dalam 10 minit berjalan dah sampai. Berdekatan sini juga ada beberapa hostel yang berdekatan seperti Nomad Backpackers, Fat Camel Backpackers, Jucy Snooze, Ibis Budget dan sebagainya. Waktu ni memang dah rasa sangat sejuk jadi nak cepat-cepat check in masuk dalam hostel. Check in pada jam 8.15 malam. Kami dah book awal di Agoda berkenaan hostel ini, juga saya nasihatkan book awal-awal takut penuh atau mungkin harga jadi mahal kalau walk-in.
Jadi bila dah check in, rehat sekejap kemudian keluar semula sightseeing di bandar Auckland. Suhu 12 Celcius jadi sesuai kalau pakai Long John sepasang, dan juga baju sejuk. Glove terpulang nak pakai atau tidak, cuaca agak sejuk jadi boleh pakai. Rata-rata kedai runcit di sini agak mahal harganya. Contoh, di 77 Convenience Store di bandar Auckland ni, harga air mineral besar NZD 4.90, mahal kan. Singgah di kedai tersebut kami beli Keri Juice Orange NZD 4.90. Seterusnya, apa yang boleh saya lihat, kebanyakan kedai memang dah tutup sewaktu kami bersiar sekitar 9.00 malam. Rata-rata kedai di sini tutup sekitar jam 6.00 petang. Jadi ada beberapa saja kedai yang buka seperti kedai 24 jam dan bar.
Jadi bila dah check in, rehat sekejap kemudian keluar semula sightseeing di bandar Auckland. Suhu 12 Celcius jadi sesuai kalau pakai Long John sepasang, dan juga baju sejuk. Glove terpulang nak pakai atau tidak, cuaca agak sejuk jadi boleh pakai. Rata-rata kedai runcit di sini agak mahal harganya. Contoh, di 77 Convenience Store di bandar Auckland ni, harga air mineral besar NZD 4.90, mahal kan. Singgah di kedai tersebut kami beli Keri Juice Orange NZD 4.90. Seterusnya, apa yang boleh saya lihat, kebanyakan kedai memang dah tutup sewaktu kami bersiar sekitar 9.00 malam. Rata-rata kedai di sini tutup sekitar jam 6.00 petang. Jadi ada beberapa saja kedai yang buka seperti kedai 24 jam dan bar.
Auckland CBD di waktu malam |
- Review Queen Streets Backpacker Hostel
- Harga yang kami dapat untuk Triple Room (Katil double decker, bahagian bawah ada extra tilam) dari Agoda ialah RM 229.77. Tandas berasingan, berkongsi dengan pelanggan hotel yang lain.
- Terdapat Wifi percuma. Speed Wifi boleh tahan.
- Check in pada pukul 2.00 petang dan boleh check-out sehingga 10.00 pagi.
- Ada dua (2) dapur, perkakas semua ada disediakan lengkap.
- Bilik bersih dan memadai. Ada fasiliti asas seperti katil, tilam, sinki dan ruang gantung baju.
- Bilik mandi ada shower dan air panas, untuk tandas tiada air, hanya ada tisu, jadi kena sediakan botol untuk isi air. Tak sanggup nak lap guna tisu saja.
- Check-in smooth, receptionist semua ok tiada masalah. Deposit NZD 20 diperlukan sewaktu check-in.
- Tuala tidak disediakan, pakai tuala sendiri.
- Suasana sekitar hostel agak ok, walaupun kawasan tersebut ramai homeless.
- Bila malam agak bising sedikit sebab kiri kanan semua bar, jadi kalau yang ada anak kecil boleh cuba cari hotel lain dulu.
Bahagian dapur (Jam di kamera salah) |
Bersambung di Bahagian 3